06 March, 2008

Subject: Penting !! Fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu

Subject: Penting !! Fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu

Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu
statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah
di rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia
dengan hargi minyak di Thailand, Singapore, Filifina dan
vietnam.Persoalan sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan
negara negara tersebut bukan pengeluar minyak?Hujah seperti inilah yang
di gunakan oleh barisan nasional untuk memperbodohkan orang kampung.

Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat
perbandingan harga minyak malaysiadan negara negara pengeluar minyak
yang lain:-

Negara Harga minyak seliter (dalam RM)

MalaysiaRM1. 92
IranRM0.29
VenezuelaRM0. 16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
;
Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan
tidak benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak
adalah di bawah RM1.00 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan
keluaran minyak kita tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta
tong sehari.Menurut kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam
lingkungan 700 ribu tong sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio
pengeluaran minyak antara arab saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu,
sepatutnya harga minyak malaysia dalam lingkungan RM0.30 sen
sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan harga minyak pada 0.19 sen
seliter tapi malaysia pada 1.92 sen?Bukan kah jauh bezanya?Bagaimana
pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir sama dengan malaysia
boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter sahaja?Ini
menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan hasil minyak
dalam negara.

Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan
menteri kewangan
malaysia
pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen
seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan
tahun sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di
iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga
di jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin
kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut
dapat tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan
untuk faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berepa kerat orang yang dapat
faedah dari koridor pembangunan di sana sini?

Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion
setahun.Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi
minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera
ianya akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor
koridor di seluruh negara yang bernilai ratusan billion.

Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana
harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So
yang kita kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia
yang melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak,
malaysia seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik,
pendapatan petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun
malaysia ada mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi
bila dah net off dari pendapatan export, masih untung besar lagi.

Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??

No comments: