31 March, 2008

Bekas calon Parlimen Kepala Batas beri bantuan pada kaum India

Mohd Sabri Said
Mon | Mar 31, 08 | 5:48:07 pm MYT
KEPALA BATAS, 31 Mac (Hrkh) - Buat pertama kalinya, bekas calon Parlimen Kepala Batas, Ustaz Subri Md Arshad berceramah tentang kebaikan Islam di pekarangan Kuil Sri Mariaman, Kampung Kovil, Kepala Batas petang semalam.
ImageWalaupun semasa kempen pilihan raya umum lalu beliau telah diundang ke situ namun ia tidak banyak menyentuh tentang kesucian Islam sebaliknya melebihkan pengenalan diri dan manisfeto PAS yang diwakili.
Semasa berucap beliau yang datang dengan tujuan memberikan bantuan kebajikan kepada 12 orang keluarga India menegaskan, Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri bimbang situasi dalam pilihan raya umum lalu sehingga membuatkan beliau terpaksa turun ke kampung-kampung menggunakan khidmat artis berbanding pilihan raya ke-11 yang dianggap zon selesa.
"Saya ucap terima kasih pada semua pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada saya untuk melawan Pak Lah. Walaupun ia nama besar namun kita dapat kurangkan majoriti daripada 18 ribu kepada 11 ribu sahaja. Itu sudah cukup membuatkan beliau tidur tak lena, " tambahnya dengan tepukan gemuruh.
ImageMenurutnya, "apa bangsa dan agama sekalipun kita mempercayaan tuhan yang satu itulah yang mengatur kemenangan kepada golongan yang tertindas maka jangan kita mempersiakan kemenangan yang diperolehi."
Kepimpinan yang menerajui negeri di Pulau Pinang tidak akan bersikap zalim sebagaimana Kerajaan Barisan Nasional (BN) bahkan bertindak waras dalam apa jua tindakan demi kepentingan rakyat.
"Tengok apa yang BN buat bila kekal kemenangan di Kepala Batas khususnya di Bertam. Masalah tanah lot di Kampung Kovil, dewan orang ramai yang digunakan oleh MIC, banjir, Jalan Kampung yang kecil dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang tidak mempunyai tandas sempurna, " ujar Ustaz Subri.
Menurutnya, oleh sebab itu sokongan yang semua pihak berikan hendaklah berterusan supaya membuahkan hasil pada pilihan raya umum ke-13 kelak.
Hadir sama dalam majlis yang bermula pukul 3.00 petang itu ialah Setiausaha Majlis Tindakan Dun Bertam, Jasni Ahmad Wahi; Ketua PAS Cawangan Bertam, Hj Abdul Razak Abdullah; Pengerusi Kuil Sri Mariaman, Kalimuthu dan Setiausaha Kuil, Mardevan. - mks.

No comments: