10 March, 2008

Ini Cuma Permulaan

petikan dari cindian

thanks


Ini Cuma Permulaan
Seperti yang telah dimaklum oleh seluruh rakyat, Barisan Rakyat telah berjaya merampas lebih daripada 1/3 majoriti (82 buah kerusi Parliament) dan menghancurkan impian Parti Barisan Nasional untuk memiliki majoriti 2/3 yang bakal berpihak kepadanya untuk pinda mana-mana akta di bawah perlembagaan persekutuan.
Ini bermaksud kini kita memiliki 82 orang wakil rakyat yang bakal bersuara di Dewan Rakyat. 82 orang bakal membangkang apa sahaja isu atau usul yang keterlampauan. Perjuangan rakyat yang dipimpin oleh uncle Kid bersama 19 wakil lain sebagai pembangkang sebelum ini bakal diiringi 62 suara baru bagi gegarkan Dewan Rakyat yang pernah bergema dan menghina kaum India dan Cina agar keluar dari Malaysia oleh pemimpin UMNO.
Kini Barisan Rakyat telah memiliki 5 negeri untuk diperintah dan Parti Barisan Nasional pula akan mula belajar menjadi pembangkang di 4 negeri yang majoriti rakyatnya terdiri daripada 3 bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India.
Penang, Kedah, Perak dan Selangor telah menjadi kubu baru Barisan Rakyat dan negeri Kelantan pula berjaya dipertahankan oleh Parti PAS dan PKR. Kemenengan BN terhadap Terengganu memang boleh dikaitan dengan kemasukan ratusan bas yang membawa pengundi dari luar. Soalannya kenapa ianya (rombongan ratusan bas dengan pengundi) hanya berlaku di Terengganu? Kenapa senario tersebut tidak terjadi di negeri-negeri lain?
Namun, kejatuhan Penang, Kedah, Perak dan Selangor negeri termaju mungkin sedikit sebanyak dapat melupakan kegagalan PAS di Terengganu dan seterusnya berganding bahu bersama PKR dan DAP untuk membuktikan Barisan Rakyat mampu memberikan yang terbaik kepada seluruh rakyat negeri-negeri tersebut secara adil dan saksama.
Gandingan dan sokongan mantap rakyat telah membuktikan dan seterusnya telah menampar muka pemimpin Barisan Nasional agar sedar dari kegagalan mereka selama ini yang sentiasa anggap rakyat bodoh dengan sentiasa mengabaikan suara dan tuntutan rakyat dengan kenyataan mereka yang cukup ego dan angkuh disebalik rayuan rakyat.
Perubahan ini pasti akan menghasilkan “senyuman dibalas senyuman” dikalangan rakyat dengan mesej tersembunyi “kezaliman diganti keadilan”. Barisan Rakyat harus mengambil tindakan positif dan mengatur langkah agar mengeratkan hubungan dan kefahaman di kalangan kaum yang telah diabaikankan oleh regim Barisan Nasional secara sistematik selama ini.
Kemenangan yang dimiliki oleh Barisan Rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 ini adalah harapan rakyat dari berbilang bangsa dan latar belakang. Rakyat akan terus menanti dan sentiasa mengharapkan yang terbaik dan adil daripada kepemimpinan Barisan Rakyat. Pemimpin Barisan Rakyat harus dan mesti memainkan peranan dan tanggungjawap masing-masing sehingga dapat membentuk kesemua negeri di bawah pemerintahannya demi menjadikan negeri contoh kepada seluruh rakyat Malaysia .
Biarpun 4 negeri telah berjaya dirampas dan bakal memperlihatkan pemerintahan baru, namun kaum India yang kini berdiri teguh dan bersatu sebagai gelombang Makkal Sakthi masih belum dapat bersenyum lebar mahupun meraihkannya kerana ini cuma permulaan.
Makkal Sakthi tidak akan gembira dengan keruntuhan Parti MIC, kekalahan pemimpin-pemimpin BN mahupun kemenangan Barisan Rakyat kerana bagi kami inilah permulaan yang sekian lama kami menanti untuk membuktikan akan bahayanya gelombang ‘Makkal Sakthi’ (Kuasa Rakyat) di tanah tumpahnya darah kami.
Walaupun ramai sedang gembira dengan mempermodalkan kemenangan calon pilihan mereka mahupun parti, Usalah lupa akan gelombang Makkal Sakthi yang masih bergelorah dan tidak akan tenang selagi Hindraf 5 masih belum dibebaskan termasuk presidennya, Waytha selamat pulang ke tanah air tanpa sebarang tuduhan, sekatan dan gangguan.
Sebagai komuniti penyokong Hindraf di bawah gelombang Makkal Sakthi, kita tidak boleh leka dengan apa yang telah kita perolehi dalam pilihanraya yang lepas. Sekiranya kita leka dan lupa maka ianya akan membentuk ‘Samy Vellu part II’ demi mengambil kesempatan dan memperalatkan segala hak dan suara kita.
Kita pernah menghantar mesej ringkas kepada pemimpin-pemimpin yang mengaku pembela hak dan ketua semua bangsa dengan BOIKOT Batu Caves namun mereka tidak percaya akan kewujudan dan bahaya gelombang Makkal Sakthi. Bekas penyandang kerusi Sungai Siput pernah mempersendakan kewujudan Makkal Sakthi Hindraf bahawa ahli dan penyokong yang di miliki oleh MIC adalah Makkal Sakthi yang sebenarnya. Kini dia terpaksa menerima hakikat terburuk di dalam sejarah dunia politik yang belum pernah dialami oleh mana-mana ahli politik di Malaysia .
Siva Kumar salah seorang wakil NGO kaum India pernah menjadi ‘The Basha’ dan meluahkan segala kebenaran kepada Pak Lah dan mencabarnya meluluskan permit perhimpunan jika ingin melihat ratusan ribu kaum India untuk membuktikan kebangkitan Makkal Sakthi, namun Pak Lah sering terlena di bawah bumbung BN dan semakin sombong dan ego dengan menghina jemputan ratusan kanak-kanak yang ingin memberikan bunga ros kepadanya. Sekali lagi kuasa jentera pam air dan peluru gas pemedih mata menjadi hadiah kepada rakyat yang berkumpul secara aman.
Kini, gelombang Makkal Sakthi telah membuktikan kebenaran kewujudannya dengan menghakibatkan kemusnahan pada BN amnya dan Gerakan/MIC khasnya. Ketua kerajaan pusat kini terpaksa menerima hakikat telah menjadi ketua pembangkang di 5 buah kerajaan negeri. Semakin mereka mengabaikan suara dan hak rakyat, semakin bergeloralah gelombang ini.
Mungkin BN akan sedar dan mungkin juga disebaliknya dengan bertambah ego dan zalim. Kita perlu sabar dan lihat sama ada ketua kepada semua bangsa dan rakyat telah sedar dari lenanya atau masih berdegil demi menjaga air muka yang sudah pasti jatuh kerana pernah mencabar rakyat untuk menggunakan peti undi dan ternyatah rakyat telah menyambut cabarannya sehingga menghadirkan kemusnahan.
Perjuangan kita baru bermula dan kita telah membuktikan untuk kali kedua bahawa kesan serangan gelombang Makkal Sakthi memang akan membawa kesan yang buruk. Jadi, janganlah gembira mahupun meraihkan keputusan PRU-12. Cukuplah dengan sekadar senyum dan berterima kasih kepada tuhan. Melangkahlah masuk ke pejabat POS dan daftarkan diri sebagai pengundi sekiranya anda masih belum berdaftar.
Saya mohon dan merayu kepada semua kaum India di Malaysia agar mewajibkan diri dan setiap anggota kaum famili agar mendaftar dengan SPR sebagai penggundi setelah mencapai usia 21 tahun dan MESTI kuar menggundi. Kita harus memandang serius terhapad isu ini dan harus memaksa dan menyedarkan bangsa kita akan kepentingan berdaftar dengan SPR agar ianya menjadi sesuatu yang sangat penting di dalam kehidupan kita. Pendaftraan adalah PERCUMA!
Imbamme Soolga Ellorum Vaalga
Vaalga Hindraf
Vaalga Makkal Sakthi
Valarga En Samuthayam

C I n d i a n

No comments: