12 March, 2008

Muhd Fairuz TKM1 dan P.Ramasamy TKM2 Pulau Pinang

Muhd Fairuz TKM1 dan P.Ramasamy TKM2 Pulau Pinang
Cindian 12/3/08 12:30pm
Ketua Menteri baru Pulau Pinang, Lim Guan Eng telah mengumumkan perlantikan 2 orang Ahli Dewan Undangan Negeri mengisi jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 dan 2. Muhd Fairuz dilantik sebagai TKM1 dan P.Ramasamy pula TKM 2.
Buat pertama kali di dalam sejarah politik Malaysia, wakil dari kaum India telah dilantik ke jawatan tinggi seumpama itu membuktikan Barisan Rakyat mula menunaikan janji mereka lalu merialisasikan impian dan harapan semua kaum terutamanya kaum minority India.
Semalam, Sebagai langkah pertama, Lim Guan Eng telah memansuhkan semua kompaun dan saman kesalahan meletak kenderaan dan lesen penjaja yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Jaya (MPSP). Namun kemansuhan tersebut hanya kepada semua kompaun dan saman yang dikeluarkan sebelum perlantikannya.
Akhirnya, penantian 50 tahun kaum India untuk melihat wakil mereka memegang jawatan tinggi di dalam kerajaan telah menjadi kenyataan. Kaum minoriti harus dan mesti mula menyoal kenapa perubahan dan peluang sebegini tidak pernah diwujudkan oleh BN-MIC selama ini. Ini adalah bukti bahawa BN-MIC selama ini telah mengabaikan kaum minoriti dan hanya menjaga kepentingan sebelah pihak.
Unggapan “Terima Kasih” dan pujian sudah pasti menjadi milik pemimpin Hindraf dan gelombang Makkal Sakthi yang masih bergelora menanti kebebasan 5 orang pemimpin mereka yang telah dizalimi di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan presiden Hindraf, Waytha Moorthy yang masih berlobi di luar negara.
Mungkinkah jawatan 3 Timbalan kepada wakil kaum India akan menajdi kenyataan atau ianya bakal dibekalkan dengan seribu satu alasan seterusnya menghadirkan kekecawaan? Keputusannya di tangan pemimpin Barisan Rakyat yang pernah dan masih berjanji akan berlaku adil kepada semua bangsa demi perpaduan politik dari peringkat akar umbi.

No comments: