25 February, 2008

DAP mendakwa mereka boleh mendapatkan 100,000 anggota polis dengan segera untuk memerangi jenayah. Mengapa Kerajaan BN tidak melaksanakan langkah in


Pelaksanaan mestilah tepat dan betul

Peningkatan bilangan anggota polis sentiasa menjadi keutamaan dalam usaha memerangi jenayah. Kerajaan pimpinan BN menyasar untuk menambah bilangan yang secukupnya dengan mengambil kira semua faktor pelaksanaan. Ini termasuk keperluan bahawa setiap anggota polis dilatih dengan secukupnya sebelum menjalankan tugas. Jika tidak, ia akan membahayakan anggota polis dan juga rakyat.

Buat masa ini, negara mempunyai lima pusat latihan polis. Tiga lagi pusat latihan akan dibuka. Dengan ini, pihak PDRM akan dapat melatih 10,000 anggota polis setahun. Mengambil kira kapasiti tersebut, adalah amat sukar untuk mempercayai dakwaan DAP.

Pengambilan rekrut PDRM terbuka kepada semua bangsa. PDRM amat mengalu-alukan semua yang berminat menjadi anggota polis untuk mendaftar diri di mana-mana stesen polis.

No comments: